NOTA


NOTA RINGKAS PENULISAN

UNIT 1    :    STRATEGI  MENJAWAB SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT.

1.      Teliti gambar yang diberikan dan memahami idea keseluruhan gambar tersebut,
2.      Mengenal pasti aktiviti atau perkara yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar.
3.      Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan bahan tersurat sahaja
4.      Jangan memberikan nama khusus kepada watak tertentu yang terdapat dalam
         gambar. Gunakan gelaran secara umum untuk watak tersebut.
5.      Pastikan ayat yang dibina menggunakan tatabahasa dan ejaan yang betul.    


UNIT  2  :     STRATEGI MENGARANG YANG BERKESAN

A.     Pilih soalan yang tepat.
         a.         Baca semua soalan.
         b.         Pilih tajuk karangan  berserta format yang benar-benar kamu kuasai.
         c.         Cari isi-isi penting yang tepat dan sesuai dengan kehendak soalan.
B.      Carilah Kunci Soalan   
          I).        Kunci karangan biasanya  berupa kata atau rangkaian kata.  Contohnya :
            i.      Nyatakan………
                      ii      Tulis laporan………..
            iii     Sediakan teks syarahan……..
II)                Garislah kata kunci soalan untuk mengelakkan karangan terpesong daripada
            kehendak soalan
C. Sediakan Rangka Karangan.
·   Rangka karangan perlu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup
·   Isi-isi karangan perlu diberikan huraian berserta contoh yang sesuai.
·   Karangan anda harus mempunyai penutup, yakni kesimpulan tentang tajuk
D. Tulislah karangan yang baik
·   karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi dan penutup
·   Isi pengenalan yang dimuatkan mestilah dapat memberikan gambaran umum
         tentang kehendak soalan.
·   Pada bahagian isi,memadailah empat isi berserta contoh yang sesuai.
·   Pada perenggan penutup pula, isi mestilah dapat menyimpulkan apa-apa yang
         apa-apa yang ditulis dalam perenggan isi
·   Gunakan penanda wacana seperti selain itu, disamping itu, walaupun, dan
   sebagainya untuk memastikan kesinambungan ayat-ayat dalam karangan.
E. Semaklah karangan
·   Tujuannya supaya:
(a)    markah tidak ditolak
(b)   dapat membetulkan kesilapan ejaan dan frasa;
(c)    dapat mengelakkan kekurangan dan pengulangan isi;
(d)   panjang karangan menepati arahan soalan


UNIT 3 Strategi Menjawab Soalan Membina Ulasan

1. Ayat perlu memahami kehendak soalan yang diberikan misalnya daripada petikan:
    (a) nilai murni/pengajaran yang diperolehi;
    (b) kebaikan-kebaikan yang diperolehi;
    (c) keburukan yang diperolehi.
2. Semaklah ulasan anda supaya tiada kesalahan tatabahasa, tanda bacaan, ejaan, dan 
    sebagainya.


UNIT 4 Karangan Keperihalan

1. Karangan keperihalan menghendaki anda menceritakan semula sesuatu perkara
    yang telah berlaku.
2. Anda harus mempunyai pengetahuan dan pengalaman sendiri kerana perkara yang
    akan anda ceritakan berkait rapat dengan diri anda.
3. Perkara yang anda ceritakan itu ialah apa-apa yang dilihat, rasa dan dengar
4. Perkara-perkara tersebut bolehlah terdiri daripada sesuatu yang berbentuk kenyataan
    atau rekaan.
5. Perkara-perkara yang anda ceritakan mungkin sesuatu peristiwa, pengalaman,
    pemandangan, suasana, sikap, keadaan dan sebagainya.
6. Gunakan ayat-ayat ringkas , mudah dan padat.
7. Pastikan anda menyusun perkara-perkara yang berlaku mengikut urutannya.


UNIT 5:     KARANGAN LAPORAN

1.     Ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku.
2.     Dalam peperiksaan anda biasanya diminta membuat laporan tentang kegiatan
        persatuan  , lawatan , pameran, hari penyampaian hadiah dan sebagainya.
3.     Soalan biasanya meminta anda membayangkan diri sebagai pengerusi, setiausaha,
        bendahari atau ahli jawatankuasa
4.     Butir-butir untuk laporan dapat  diketahui dengan memikirkan soalan seperti apa,
        siapa, bila,  di mana  dan mengapa. 

FORMAT LAPORAN



UNIT 6   :    KARANGAN UCAPAN & SYARAHAN

1.     Karangan ucapan atau syarahan biasanya  disampaikan dalam sesuatu majlis atau
        pertandingan.
2.     Kedua-dua jenis karangan ini haruslah memberikan penerangan , penjelasan dan
        fakta  tentang sesuatu perkara.
3.     Bahasa yang digunakan haruslah mudah difahami, padat, tegas, berkesan dan
        meyakinkan pembaca.
4.     Anda boleh menggunakan ayat Tanya , kiasan, peribahasa, pantun dan sebagainya.

Format Ucapan & Syarahan

a. Pengenalan:
    Pembukaan kata yang berupa kata-kata aluan
    Contoh: Yang Mulia Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif,Guru Besar,
                   Guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.
b. Isi-isi :
    Tujuan ucapan dan isi ucapan yang seterusnya.
c. Kata-kata Penghadapan:
    Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian
    Contoh: Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian
d. Penutup:
    Kata-kata yang diberikan bagi menandakan ucapan/syaarahan akan ditamatkan
    Contoh: Akhir sekali saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.


UNIT 7 Karangan Perbincangan

1. Karangan perbincangan memerlukan anda membincangkan sesuatu tajuk atau
    menyatakan pendapat tentang tajuk yang diberikan.
2. Pastikan bahawa anda diminta memberikan hujah daripada satu pihak atau daripada
    kedua-dua pihak.
3. Jika soalan itu hanya meminta anda menyokong pernyataan itu, anda mestilah
    memberikan fakta-fakta yang berkaitan dengannya  dan begitulah sebaliknya.
4. Anda haruslah mempunyai pengetahuan yang luas mengenai tajuk yang dikemukakan.
5. Hujah-hujah yang dikemukakan haruslah cukup, betul, tepat dan logik.
6. Sebagainya kesimpulan karangan anda, anda haruslah menyatakan pendirian anda
    terhadap tajuk dengan pernyataan meyakinkan dan berkesan.


UNIT 8 Karangan Fakta

1. Dalam karangan fakta anda haruslah mengemukakan isi dengan fakta yang benar,
    logis,dan menepati kehendak soalan.
2. Oleh itu, anda haruslah mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkara yang
    hendak diperkatakan.
3. Isi dan fakta yang diberikan perlulah lengkap,tersusun, dan sesuai dengan tajuk.
4. Fakta-fakta ini haruslah ditulis dalam ayat yang sempurna dan disertai huraian serta
    contohnya sekali pada perenggan-perenggan yang sesuai.
5. Gunakanlah kata dan ayat yang mudah, ringkas, tetapi, dan padat.


UNIT 9 Karangan Peribahasa

1. Anda haruslah mengetahui dan memahami maksud peribahasa yang diberikan.
2. Ada dua teknik untuk menulis karangan jenis ini, iaitu :
    (a) teknik huraian - anda haruslah menjelaskan maksud peribahasa itu dan mengaitkan
         Peribahasa itu dengan peribahasa lain yang mempunyai persamaan maksud.
    (b) teknik cerita – cara penulisannya adalah sama dengan cara penulisan karangan
         yang berbentuk cereka.
3. Keseluruhan cerita anda itu hendaklah dapat menjelaskan maksud peribahasa itu.
4. Cerita yang anda tulis boleh merupakan rekaan atau berdasarkan pengalaman anda.
5. Cerita anda hendaklah mempunyai permulaan, kemuncak, dan kesimpulan.


UNIT 10 Karangan Temu Ramah/Dialog

1. Karangan temu ramah/dialog melibatkan 2 pihak untuk bertukar-tukar fikiran tentang
    sesuatu hal.
2. Kedua-dua pihak haruslah saling bertanya atau memberikan padangan mereka
3. Dalam karangan jenis ini anda, anda boleh juga memasukkan aksi kedua-dua pihak itu
    dalam kurungan.
4. Gunakan ayat-ayat yang ringkas supaya mudah difahami,serta betul dari segi
    tatabahasanya.


Format Temu Ramah/Dialog



UNIT 11  Karangan Catatan

1. Karangan jenis ini ialah catatan tentang peristiwa atau kejadian penting yang berlaku
    kepada diri anda.
2. Ada catatan yang ditulis mengikut masa dan mengikut tarikh peristiwa itu berlaku.
3. Catatan haruslah ringkas, tepat dan padat.
4. Tulis peristiwa yang penting dan harus disusun mengikut urutan.
5. Bahasa yang digunakan mudah, menarik dan betul tatabahasanya.
6. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis ayat, peribahasa atau ungkapan.


UNIT 12  Karangan Perbahasan

1. Karangan jenis ini selalunya berbentuk pertandingan.
2. Tajuk perbahasan akan dinyatakan dalam soalan. Ada soalan yang menghendaki anda
    menyatakan pendapat, samada sebagai pencadang atau pembangkang
3. Kata alu-aluan perlu dinyatakan terlebih dahulu semasa hendak menulis karangan ini.
4. Hujah-hujah mestilah betul, tepat dan logik
5. Kesimpulan haruslah menyatakan pendirian anda terhadap tajuk dengan pernyataan
    meyakinkan dan berkesan.


UNIT 13 : KARANGAN SURAT TAK RASMI

1.      Surat tak rasmi bersifat peribadi.
2.     Contoh surat tak rasmi ialah surat bertanyakan khabar, surat tahniah dan takziah.
3.     Penggunaan kataganti diri penerima yang betul sangat penting dalam penulisan surat
        tak rasmi.
4.      Anda digalakkan menggunakan kiasan atau peribahasa supaya dapat menarik  
         perhatian pembaca.
5.      Penggunaan bahasa baku dan penggunaan tatabahasa dan ejaan hendaklah betul.
         Bahasa haruslah mudah, tepat dan padat.


FORMAT SURAT TAK RASMI


UNIT 14: KARANGAN BERITA

1.      Karangan ini ditulis untuk memberikan pengetahuan, hiburan, dan maklumat
         tentang sesuatu peristiwa  semasa kepada pembaca.
2.      Ayat-ayat hendaklah mudah, rigkas dan tepat.
3.      Semasa menulis, fikirkan enam persoalan iaitu apa, siapa, bila, di mana , mengapa
         dan bagaimana.
4.      Isi yang penting atau utama hendaklah didahulukan.
5.      Isi hendaklah disertai huraian dan contoh yang benar dan tepat
6.      Sedutan kata-kata tau pendapat orang tertentu daripada semua pihak yang terlibat
         dalam berita itu harus anda masukkan.


FORMAT BERITA



UNIT 15 : KARANGAN AUTOBIOGRAFI

1.       Karangan autobiografi menceritakan dan mengisahkan riwayat hidup penulis
2.       Biasanya apa yang dikisahkan adalah peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan
          dalam riwayat hidup penulis.
3.       Soalan meminta penulis sebagai sesuatu benda atau haiwan.
4.       Karangan bografi menceritakan riwayat hidup seseorang seperti tokoh, guru dan
          sebagainya.
5.       Murid perlu mempunyai pengetahuan luas  agar kisah yang dikisahkan itu logik
6.       Murid digalakkan menggunakan ungkapan atau peribahasa yang sesuai supaya
          Karangan lebih menarik.


UNIT 16 :    KARANGAN CEREKA

1.       Karangan jenis cereka berbentuk cerita rekaan seperti cerpen, khayalan atau
          imaginasi.
2.       Perkara-perkara yang dikelukan ialah :
          a. menceritakan peristiwa,suka, duka dan  ngeri
          b. menceritakan pengalaman sendiri dengan berdasarkan tajuk
          c. menlengkapkan cerita dengan berpandukan permulaan cerita atau penutup
              cerita yang diberikan.
3.        Peristiwa atau cerita yang digambarkan haruslah logik
4.        Urutan peristiwa perlu disusun dan diolah dengan teratur untu mendapatkan kesan
           yang baik
5.        Bahasa haruslah menarik. Gunakan pelbagai jenis ayat dan ungkapan atau kiasan
           yang sesuai dengan cerita.
6.        Cerita anda hendaklah berunsur nasihat dan pengajaran yang berfaedah kepada
           pembaca.


UNIT 17 :  KARANGAN SURAT RASMI

1.        Surat rasmi berbentuk formal
2.        Ia ditulis untuk tujuan seperti membuat aduan, permohonan, rayuan, jemputan
           rasmi, pesanan barang dan sebaginya.
3.        Bahasa yang digunakan haruslah baku , mudah, tepat dan padat.

FORMAT SURAT RASMI



UNIT 18 Memindahkan Maklumat

1. Anda haruslah memahami kehendak soalan dan meneliti gambar yang diberikan
2. Fahami idea keseluruhan gambar tersebut.
3. Kenalpasti aktiviti-aktiviti atau perkara yang dapat dilihat dalam gambar untuk
    memudahkan anda memperolehi maklumat tentang gambar tersebut.
4. Anda dikehendaki membina lima ayat yang berkaitan dengan gambar. Pastikan ayat-
    ayat tersebut adalah isi tersurat sahaja.
5. Nomborkan ayat-ayat.


UNIT 19 Membina Ulasan

1. Soalan ini memerlukan anda memberikan maklum balas tentang situasi yang
    dikemukakan dalam petikan.
2. Anda perlu memahami kehendak soalan yang diberikan.
3. Ulasan yang perlu anda tulis berkaitan dengan beberapa aspek daripada petikan
    yang dinyatakan dalam arahan. Misalnya:
(a)    nilai yang dapat diperoleh;
(b)   pengajaran yang dapat diperoleh;
(c)    faedah-faedah yang diperoleh;
4. Panjang jawapan mestilah tidak kurang daripada 50 pata kata. Jawapan ditulis dalam
    satu perenggan sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan